Pages

Friday, October 29, 2010

AKHIRNYA .....



Tahniah kepada kohort 9 sempena Konvokesyen Ke 12 lalu ... Akhirnya dapat juga segulung ijazah yang diimpikan... moga ia menjadi inspirasi dalam menjalankan tugas harian ... Anda memang hebat

Wednesday, September 29, 2010

Sekadar makluman

Salam aidilfitri buat semua,

Lama benar sy tak buka blog ni. Syukur masih lagi 'bernyawa' blog ni rupanya,. Terima kasih buat cikgu2 yang masuh setia menggunakan blog ini.

Sekadar makluman buat cikgu-cikgu semua,
Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan bayi kedua saya pada 16 Ogos 2010 bersamaan 6 Ramadhan 1431H. Bayi perempuan seberat 3.63kg di Hospital Machang, Kelantan. Skrang masih dlm cuti dan akan memulakan tugas pada pertengahan Oktober ini. Alhamdulillah dah sepasang anak saya.

Tuesday, September 7, 2010

Salam Takziah...

Salam buat semua ... Disini hanyanak maklumkan bahawa dua kejadian telah menimpa rakan-rakan kita iaitu Normila rumahnya telah dipecah masuk pada Julai lalu... Banyak juga lah barangan hilang termasuk lap top yg digunakan di upsi... Ke-2 Normah telah kehilangan ayahnya yang tercinta baru-baru ... Kepada keduanya salam takziah ... banyakkan bersabar dan semuanya ketentuan Ilahi... Semoga tabah menghadapi dugaan allah ... Saya juga dalam kebimbangan kerana anak saya di Chrischursh, New Zealand sedang dalam trauma dan berjaga-jaga akibat kkejadian Gempa Bumi yang berlaku pada Sabtu lalu 7.1 ... Dan hari ini (8 sept) jadi sekali lagi nasib hanyan 5lebih saja... syukur anak dan rakan-rakannya selamat ...

Konvo sesi 2010

Salam... Selamat berpuasa dan Salam aidil Fitri buat semua rakan-rakan Islam Kohort 9 yang akan menyambut hari lebaran ... Makluman Konvo kita... sila check dalam http://akademik.upsi.edu.my/konvokesyen/pengurniaan/istiadat/sidang.html
Pastikan anda semak laman web Upsi berkaitan Konvo, raptai, bayaran tempahan jubah dan pengesahan kehadiran... sekian

Thursday, July 15, 2010

Borang Tapisan Keselamatan

Kohort 9 yang dirindui ... untuk maklumat, sila isi borang tapisan keselamatan dan hantar ke Jab.Perdana Menteri... perlu segera kerana utk dptkan jawapan ambil masa lama hingga setahun lebih ... Jawapan kelulusan dari Jab. Perdana Menteri perlu disertakan semasa mohon 41/pelantikan 41... Kalau tak lambat proses lantikan ...Borang tanyalah pd kerani sekolah atau nak pd saya ke bagi email ..

Sunday, June 20, 2010

Tahniah untuk kawan-kawan

Result exam dah keluar 16 Jun lalu. Dengarnya kita semua lulus dan tamatkan pengajian dan seterusnya layak untuk konvo Okt ini. Tahniah M ucapkan kepada semua rakan-rakan.

Thursday, June 10, 2010

Tengok Video Ni

Kawan-kawan yang dihormati. Jangan ambik hati bila lihat video ini. Ni sekadar hiburan. Jangan dibawa ke mahkamah pulak. Ni bukan 'kecuaian sertaan' tapi hanya "kelawakan sertaan" sahaja. Yang lain akan meyusul.

Minta Pandangan Teman-teman



Ini barisan kohort 9 2008-2010. Gambar ni blum di edit lagi. Nak tanya kawan2. Latar belakangnya nak buat latar belakang UPSI atau lain-lain.

Wednesday, June 9, 2010

Koleksi batik dari Kelantan

Kepada cikgu-cikgu semua,
Jika ingin menjamu mata dengan melihat batik terkini dari Kelantan, boleh layari blog berikut:
http://koleksibatiknani.blogspot.com/

Jika ada yang berkenan di hati, boleh berbincang lebih lanjut.
Heheheh...saje je...bisnes sampingan

Saturday, June 5, 2010

Tarikh Konvo

Dalam pada itu, tarikh konvokesyen untuk sidang
kali ini dijangka berlangsung pada 12-16 Oktober 2010 setelah mendapat
perkenan daripada ... See MoreKebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun Binti Mohd. Ali, D.K. , D.M.N iaitu Canselor UPSI.--> ini maklumat daripada UPSIKINI di laman web http://upsikini.blogspot.com/

Wednesday, June 2, 2010

Cara menambah author ke blog

Khas buat guru-guru besar sekalian,

Jika ada sesiapa yang ingin menambah 'author' ke blog masing-masing, sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Klik pada perkataan 'customize'
2. Kemudian klik pada perkataan  'setting'
3. Kemudian klik pada perkataan 'permission'
4. Kemudian lihat di bawah ada ditulis Blog Author, maka klik pada perkataan 'Add Authors'

Kita boleh menambah seberapa ramai blog author yang kita suka. Blog author ini akan mempunyai kadar capaian yang sama seperti admin blog.

Harap panduan ini dapat membantu especially untuk cikgu Amir Hamzah.

Tuesday, May 25, 2010

Hampir Kita Berkampong Seminggu Lagi Di UPSI

Untuk makluman rakan-rakan kohort. Apabila M (moderator)menerima sms dari rakan berkenaan Dr. Kuan meminta semua kohort 9 send id email kepadanya. M pun call Dr. Kuan dan bertanyakan mengapa. Alangkah terperanjatnya bila beliau beritahu yang kita kurang 2 jam kredit. Setelah M menjelaskan yang kita pernah terlebih subjek IT, Dr. Kuan baru teringat akan hal ini. Apabila di teliti semula memang benar kita bukan terkurang tapi terlebih satu jam kredit. So, Kita tak payah berkampung lah tapi Kohort Sepenuh Masa, kabarnya kena daftar ahad depan ni di UPSI. Apa komen anda jika kena berkampung semula?

Sunday, May 23, 2010

Selamat Kepangkuan Keluarga & Kerjaya

Teman-teman Kohort 9. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Akhirnya kita sampai dan tamatkan pengajian kita selama 3 tahun(1 tahun di IAB dan 2 tahun di UPSI). Kalian semua banyak membantu. Pengalaman, maklumat semasa,bahan rujukan asignment, buah fikiran, isu-isu semasa dan isu-isu kelas, bekalan makanan tika mengantuk dalam kuliah dan banyak lagi.Kebaikan kalian semua tidak mungkin dapat dilupakan. Doa semoga kalian terus sihat dan komited dengan kerjaya sebagai pengurus sekolah dan kementerian. Masa-masa bersama kalian akan tetap menjadi memori indah hidup ini. Mungkin kita akan ketawa, geli hati, menyampah, geram, gembira, tersenyum dan sinis bila mengingatinya. Namun yang pasti sesekali akan buat kita mengalirkan airmata untuknya..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada semua geng kohort 9. Mari kita sama-sama nyanyikan lagu Guru Malaysia pada Jamuan Akhir kita nanti.

Selamat Menempuh Exam Final 2010

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga kalian dah bersedia untuk final exam yang akan bermula esok. Do your best..

Tuesday, May 11, 2010

Komen dan Cadangan

Jika ada sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan cara penyampaian saya bolehlah diutarakan.
Ini amat penting untuk meningkatkan prestasi dan cara penyampaian saya. Saya tahu, masih banyak kelemahan dan perkara yang perlu dibaiki.

Jadi, saya amat mengalu-alukan sebarang komen daripada cikgu-cikgu semua. Komen positif dan negatif, dua-dua saya terima. Cikgu boleh utarakan apa sahaja pandangan dan pendapat cikgu secara terbuka. No heart feeling, ok.

Terima kasih

Wednesday, May 5, 2010

Good luck for your examination

My dearest students,

Good luck for your final examination.
I really hope that all of you will pass with flying colors.
Thanks

Tuesday, March 23, 2010

Cara menghantar komen kepada rakan

Disenaraikan langkah-langkah yang perlu diikuti sekiranya ingin menghantar komen kepada rakan.

Langkah-langkahnya ialah:

1. Buka artikel yang diminati dan seterusnya buka ruangan komen. (Click pada perkataan 'comment')
2. Taipkan komen anda di ruangan yang disediakan.
3. Setelah selesai menaip komen, perhatikan pada perkataan 'comment as' di bawah kotak/ruangan menulis
    komen.
4. Pada ruangan 'comment as' tersebut, klik pada 'Google Account'.
    (Nota: walaupun anda menggunakan email yahoo, sila pilih 'google account' juga)
5. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan user id dan password emel anda.
6. Sekiranya tiada paparan untuk memasukkan user id dan password, anda boleh klik pada butang 'preview'
    yang terletak di bawah kotak/ruangan komen.
7. Kemudian, anda diminta untuk memasukkan user id dan password. Sila lengkapkan user id dan password
    tersebut.
8. Kemudian, sila masukkan 'word verification'.
9. Akhir sekali, klik pada butang 'Post Comment'. Anda telah berjaya menghantar komen tersebut.

Harapnya, cikgu-cikgu dapat menjadikannya panduan dan membantu cikgu menghantar komen. Selamat mencuba.

Sila nyatakan jika cikgu menghadapi sebarang masalah. Saya akan cuba membantu dari masa ke masa.
terima kasih.

Friday, March 19, 2010

Memerlukan maklumat

Selamat pagi semua...
Macam mana, seronok ke dpt balik ke rumah? mesti sangat seronok kan.

Saya ingin meminta alamat blog untuk nama-nama pelajar berikut:
  1. Cikgu Sahunthala
  2. Cikgu Noor Azmi Yusof
  3. Cikgu Mahani Sulaiman

Saya juga dapati hanya ada 31 je senarai pelajar yang telah memberikan alamat blog kepada saya. Masih terdapat seorang guru yang belum bagi. Sila semak di ruangan 'My Student Blog List' nama blog anda. Jika tiadia, maklumkan kepada saya.

Terima kasih

Monday, March 15, 2010

Thursday, February 25, 2010

Selamat Datang

Selamat datang ke blog saya
Semoga anda memperoleh manfaat daripadanya