Pages

Tuesday, May 25, 2010

Hampir Kita Berkampong Seminggu Lagi Di UPSI

Untuk makluman rakan-rakan kohort. Apabila M (moderator)menerima sms dari rakan berkenaan Dr. Kuan meminta semua kohort 9 send id email kepadanya. M pun call Dr. Kuan dan bertanyakan mengapa. Alangkah terperanjatnya bila beliau beritahu yang kita kurang 2 jam kredit. Setelah M menjelaskan yang kita pernah terlebih subjek IT, Dr. Kuan baru teringat akan hal ini. Apabila di teliti semula memang benar kita bukan terkurang tapi terlebih satu jam kredit. So, Kita tak payah berkampung lah tapi Kohort Sepenuh Masa, kabarnya kena daftar ahad depan ni di UPSI. Apa komen anda jika kena berkampung semula?

Sunday, May 23, 2010

Selamat Kepangkuan Keluarga & Kerjaya

Teman-teman Kohort 9. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Akhirnya kita sampai dan tamatkan pengajian kita selama 3 tahun(1 tahun di IAB dan 2 tahun di UPSI). Kalian semua banyak membantu. Pengalaman, maklumat semasa,bahan rujukan asignment, buah fikiran, isu-isu semasa dan isu-isu kelas, bekalan makanan tika mengantuk dalam kuliah dan banyak lagi.Kebaikan kalian semua tidak mungkin dapat dilupakan. Doa semoga kalian terus sihat dan komited dengan kerjaya sebagai pengurus sekolah dan kementerian. Masa-masa bersama kalian akan tetap menjadi memori indah hidup ini. Mungkin kita akan ketawa, geli hati, menyampah, geram, gembira, tersenyum dan sinis bila mengingatinya. Namun yang pasti sesekali akan buat kita mengalirkan airmata untuknya..

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru juga diucapkan kepada semua geng kohort 9. Mari kita sama-sama nyanyikan lagu Guru Malaysia pada Jamuan Akhir kita nanti.

Selamat Menempuh Exam Final 2010

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan. Semoga kalian dah bersedia untuk final exam yang akan bermula esok. Do your best..

Tuesday, May 11, 2010

Komen dan Cadangan

Jika ada sebarang komen dan cadangan untuk penambahbaikan cara penyampaian saya bolehlah diutarakan.
Ini amat penting untuk meningkatkan prestasi dan cara penyampaian saya. Saya tahu, masih banyak kelemahan dan perkara yang perlu dibaiki.

Jadi, saya amat mengalu-alukan sebarang komen daripada cikgu-cikgu semua. Komen positif dan negatif, dua-dua saya terima. Cikgu boleh utarakan apa sahaja pandangan dan pendapat cikgu secara terbuka. No heart feeling, ok.

Terima kasih

Wednesday, May 5, 2010

Good luck for your examination

My dearest students,

Good luck for your final examination.
I really hope that all of you will pass with flying colors.
Thanks