Pages

Tuesday, May 25, 2010

Hampir Kita Berkampong Seminggu Lagi Di UPSI

Untuk makluman rakan-rakan kohort. Apabila M (moderator)menerima sms dari rakan berkenaan Dr. Kuan meminta semua kohort 9 send id email kepadanya. M pun call Dr. Kuan dan bertanyakan mengapa. Alangkah terperanjatnya bila beliau beritahu yang kita kurang 2 jam kredit. Setelah M menjelaskan yang kita pernah terlebih subjek IT, Dr. Kuan baru teringat akan hal ini. Apabila di teliti semula memang benar kita bukan terkurang tapi terlebih satu jam kredit. So, Kita tak payah berkampung lah tapi Kohort Sepenuh Masa, kabarnya kena daftar ahad depan ni di UPSI. Apa komen anda jika kena berkampung semula?

16 comments:

  1. Nasib baik tak berkampung semula, kalau tidak demam lagilah kita. Orang dah senang lenang mula bertugas di sekolah, ini nak suruh masuk semula pula. Bagaimana boleh jadi begini? Fikir-fikirkan lah bagaimana belajar pengurusan, kalau pihak pengurusan pun tidak pasti?

    ReplyDelete
  2. Kita mesti positif thingking. Kesilapan boleh berlaku dimana-mana dan pada siapa pun. Jadikan ia sebagai teladan.

    ReplyDelete
  3. elok jugak.. tension duk sekolah bercam hal ... kat upsi boleh ketawa0-ketawa.. tak tension... sebab semua assignment dah habis .. ha...ha...ha... yg best Ang Poh Lian pun nak masuk balik upsi kalu boleh ...

    ReplyDelete
  4. jangan jem, beli tiket kapal terbang beratus-ratus oh..kali ni tak boleh claim, susahlah kami. Apa cerita rakan-rakan full time kita tu. mereka kena balik kah? yang pelik kami telah kira kesemua kredit hour setahu kami lebih kredit hour mengapa kurang 2jam crd hr pula.Apa subjek yang hilang tu, setahu kami semua dah coverkan..?

    ReplyDelete
  5. kalau tak payah exam ok juga, duduk kat sekolah kerja yang bertimbun-timbun bosan juga ya....

    ReplyDelete
  6. Oooo Poh Lian suka belajar rupanya. Meh kita sambung Master.. Hahaha..

    ReplyDelete
  7. Beron. Jgn risau. Semua sudah clear. Tak payah datang UPSI. Kita sudah cukup kredit hours sbnrnya.

    ReplyDelete
  8. Dah tak chance nak lari dari ker-kerja yang bertimbun di sekolah .... itu pasal lah nak masuk semula... tapi tak nak buat master... terlalu banyak buat traslation dan kritik jurnal yang semuanya dalam BI ... di sekolah saya ada seorang dari kohort 7 sepenuh sama ...hujung minggu mengadap assignment... tak nak la dah tak larat . Lebih baik enjoy dan bergaul dgn masyarakat ... dah lama tak bercampur dgn jiran tetangga...

    ReplyDelete
  9. Betul 2 kak jem. Sekarang nie baru nak kenal dunia kejiranan..

    ReplyDelete
  10. Mula-mula dengar rasa macam nak pengsan gak,tapi nasib baik tak jadi. G UPSI sml memang nak tapi x nak assigment n x nak exam...he he boleh ke?Memang betul tumpuan perlu lebih kepada... family(tu yang utama),kerja sekolah n kejiranan.Tambah mcm saya jiran baru nak kenal...sebab pindah dalam bulan Feb. 2010 tapi dok pi mai UPSI baru ni le nak menetap sepenuhnya.Apa2 pun TAHNIAH buat semua kerana kita berjaya mengharungi segala cabaran dengan tabah..especially rakan-rakan se GE..

    ReplyDelete
  11. Ye ye....tak jadi belajar balik....tapi rindu pulak pada Moderator yang selalu mengecek jajan kita kan Kak Jem.....

    ReplyDelete
  12. Poh Lian....Yati setuju kalau masuk balik dengan u sebab Yati dgn Zarid nak telor pindang dari Muar.

    Abang Adam....Abang cakap aje tak nak tapi melonjak-lonjak nak...Kat kuliah kan boleh tidur kalau mengantuk...kat sekolah nanti anak murid kata pulok, "Hari2 Cikgu Adam tidur. Mari kita main bola".....

    ReplyDelete
  13. Tu la... Bila nak makan kek, tapai, rempeyek, sardin teringat kat UPSI ... itulah makan rutin kita samada di asrama atau dalam kelas ...

    ReplyDelete
  14. sorrylah hari tu tak dapat beli telur pindang, kalau ada peluang lagi nanti saya akan beli utk u orang.....
    saya tak jemu-jemu ulang alik dari muar ke upsi kerana setiap minggu saya akan balik kampung bersama anak dan hari isnin saya juga pergi bersama anak...

    ReplyDelete
  15. Jangan rindu kat moderator 2. Kang marah kekasih terangnya. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Saya rasa semua lulus. Tahniah, kepada semua rakan2 semoga berjumpa di konvo nanti. Selamat bertugas kembali.TK

    ReplyDelete