Pages

Sunday, May 23, 2010

Selamat Kepangkuan Keluarga & Kerjaya

Teman-teman Kohort 9. Terima kasih tidak terhingga buat kalian semua. Akhirnya kita sampai dan tamatkan pengajian kita selama 3 tahun(1 tahun di IAB dan 2 tahun di UPSI). Kalian semua banyak membantu. Pengalaman, maklumat semasa,bahan rujukan asignment, buah fikiran, isu-isu semasa dan isu-isu kelas, bekalan makanan tika mengantuk dalam kuliah dan banyak lagi.Kebaikan kalian semua tidak mungkin dapat dilupakan. Doa semoga kalian terus sihat dan komited dengan kerjaya sebagai pengurus sekolah dan kementerian. Masa-masa bersama kalian akan tetap menjadi memori indah hidup ini. Mungkin kita akan ketawa, geli hati, menyampah, geram, gembira, tersenyum dan sinis bila mengingatinya. Namun yang pasti sesekali akan buat kita mengalirkan airmata untuknya..

4 comments:

  1. Tahniah buat semua kohort 9... kerana berjaya mengharung cabaran... besar pengorbanan kalian demi menggapai segulung ijazah ...Terima kasih juga buat rakan-rakan kerana saling bekerjasama antara satu lain ... Susah senang kita bersama ... Bagi yang masih muda teruskan belajar... buatlah master .. perjalanan anda masih jauh ...

    ReplyDelete
  2. Ya berjaya jua kita akhirnya mengharungi segala cabaran.TAHNIAH buat kalian warga kohort 9.

    ReplyDelete
  3. Kepada rakan2 kohort 9 , cabaran dan dugaan semasa belajar di UPSI amat bermakna bagi kita, kerana ia menambahkan lagi pengetahuan dan kematangan di dalam menempuh liku2 kehidupan. Apa yang diharap dan di doakan semoga kita semua lulus dan memperolehi segulung ijazah seperti mana yang kita inginkan. Namun begitu berikanlah sepenuh komitment terhadap tugas yang diamanahkan kepada kita.

    ReplyDelete
  4. Jangan lupa pengorbanan anak isteri/suami yang memberi restu selama kita di UPSI... dua tahun pengorbanan kita ... janganlah mereka kita lupai... tanpa restu mereka kita tak akan berjaya ... Ni dah habis berilah tumpuan pada keluarga dan tak lupa pada jiran tetangga... kembalilah kepada masyarakat kerana esok kita memerlukan mereka...

    ReplyDelete