Pages

Monday, March 15, 2010

Teknologi dalam Pendidikan

Teknologi sangat penting

18 comments:

  1. membawa kami menjelajah dunia teknologi yang ccanggih. Tq.

    ReplyDelete
  2. kuliah blog ini sungguh menyeronokkan, terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Kuliah ni sungguh menarik.Asyik dan menyeronokkan, tetapi sangat memberi manfaat kepada kami sebagai pentadbir di sekolah.Terima kasih.

    ReplyDelete
  4. Kepada Pn. Harnani yg dihormati,
    Ribuan terima kasih diucapkan kpd puan kerana sudi mencurahkan ilmu baru kpd kami, khasnya create blog. Kami enjoy kelas puan. Tak sabar nak jumpa pn pada fasa 2. Salam sejahtera.

    ReplyDelete
  5. Walaupun lepas kuliah, saya berangkat ke kampung Pulau Pinang untuk melawat nenek yang uzur.Hari ini saya baru balik ke rumah sendiri di Pontian. Sungguhpun penat tapi saya masih teringin menambahbaiki blog saya. Ribu terima kasih diucapkan kepada puan kerana telah memberi banyak input yang maafaat kepada kami.

    ReplyDelete
  6. Semalam telah berjaya membalas komen kepada puan, hari ini cuba lagi. Kuliah puan sungguh menyeronok dan memberi manfaat kepada kami, ribuan terima kasih diucapkan kepada puan, kita jumpa lagi pada bulan empat!

    ReplyDelete
  7. Jutaan terima kasih ... Subjek KRT ini sangat menarik dan banyak memberi manfaat ... secara tak langsung kami jadi lebih celik IT dan berusaha menjadi lebih kreatif ... Saya bangga kerana dalam seusia ini masih mampu bersaing dengan yang lebih muda ... Ia bantu saya bina keyakinan yang lebih tinggi ... Tahniah kepada semua kohort 9 dan sekali lagi terima kasih kepada Puan Harnani...

    ReplyDelete
  8. All this while i thought that IT/ICT/or even edu-tech mean the same thing. Now only I realized that they are not the same thing. I will try to surf for more info about edu-tech from time to time. Thanks for giving us such a good opportunity to practice blogging.....

    ReplyDelete
  9. Salam Puan.Teknologi masa kini semakin laju dan canggih.Saya harap puan dapat menolong saya.Disekolah kerja terlalu banyak,baru sekarang dapat buka blog.ok selamat malam

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Puan,sesuatu yang baru telah dapat saya perolehi dari kesemua kuliah puan. Dengan rasa bangganya saya sentiasa membuka blog saya di rumah kerana di pejabat penggunaannya telah dikawal oleh pihak KPM.Walau bagaimanapun jutaan terima kasih di atas ilmu yang dicurahkan kepada saya yang sebelum ini berasa agak was-was di atas kebolehan saya.Terima Kasih semoga berbahgia selalu di samping keluarga....

    ReplyDelete
  11. TEKNOLOGI MAKLUMAT MASA KINI

    Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi seperti sebahagian dari
    hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa
    disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer
    ini. Begitu juga dengan tanggungjawab dan beban kerja di pejabat, di mana
    maklumat-maklumat perlulah dihantar dengan cepat dan pantas bagi
    mengelakkan berlakunya kerugian atau sebarang kebocoran maklumat.
    Contohnya, ahli-ahli perniagaan, penghantaran maklumat yang pantas dan
    selamat berupaya menghasilkan keuntungan yang berlipat-ganda.
    Di bidang pendidikan pula, gabungan di antara penggunaan komputer
    dengan dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita
    kenali sebagai Teknologi Maklumat.
    Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan
    maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di
    dalam pelbagai bentuk dan cara. Bahan atau maklumat tersebut dapat
    disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara,
    animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang
    juga dikenali sebagai Multimedia. Semua bahan dapat disalurgunakan
    dengan menggunakan teknologi terkini, sama ada dengan rangkaian
    (networking), intranet dan internet.
    Proses pengajaran-pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan
    dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik
    iaitu:
    1. berbantukan komputer dan perisian
    2. melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau
    Rangkaian LAN, MAN dan WAN.
    2
    maklumat atau
    3. melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data.
    Melalui maklumat yang diperolehi di atas, bolehlah kita simpulkan bahawa
    Sistem Rangkaian Komputer (Networking) turut memainkan peranan yang
    tidak kurang pentingnya di dalam era teknologi maklumat terkini. Sistem
    rangkaian komputer merupakan sistem komputer yang berpaut bersama
    dengan terminal dan peralatan persisian yang lain melalui talian komunikasi.
    Rangkaian membenarkan pengguna yang berada pada kedudukan taburan
    geografi yang pelbagai untuk berkongsi aturcara, data dan peralatan.
    Teknologi rangkaian komputer ini yang pada awalnya hanya digunakan di
    kalangan masyarakat teknologi serta mereka yang gemar mencuba teknologi
    yang baru, tetapi kini menjadi antara teknologi yang mendapat penerimaan
    luas di kalangan masyarakat.
    Tidak keterlaluan jika kita mengatakan teknologi rangkaian sebenarnya
    membuka suatu dimensi baru di dalam pengunaan komputer peribadi.
    Pengguna yang baru mengenali teknologi rangkaian seringkali tertanyatanya
    mengenai kelainan dan ciri perbezaan yang dibawa oleh teknologi
    rangkaian kepada dunia perkomputeran. Sebelum teknologi rangkaian
    diperkenalkan serta digunakan secara meluas, kebanyakan komputer
    peribadi lebih berfungsi sebagai sebuah komputer tunggal. Pertamanya, ia
    tidak dirangkaikan iaitu disambungkan dengan mana-mana komputer yang
    lain. Oleh yang demikian, komputer tersebut hanya berupaya menggunakan
    sumber yang disediakan serta terdapat pada komputer tersebut sahaja.
    Dalam erti kata lain, pengguna tersebut hanya dapat menggunakan perisian
    serta perkakasan yang terdapat serta disambungkan kepada komputer
    tersebut sahaja.


    3Sebelum wujudnya Sistem Rangkaian Komputer, pengguna yang ingin
    berkongsi perisian ataupun fail di dalam persekitaran komputer tunggal
    terpaksa menggunakan media storan yang boleh dialihkan seperti disket.
    Namun begitu, kehadiran teknologi rangkaian komputer membolehkan apa
    yang suatu ketika dahulu dianggap mustahil menjadi kenyataan yang
    menguntungkan, menyeronokkan dan merealisasikan impian ramai
    pengguna.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas tunjuk ajar puan. Dapat juga saya hasilkan blog sendiri. Rasa seronok pula bila dah berjaya menghasilkannya.

    ReplyDelete
  13. ICT Dalam Pendidikan
    Pendidikan ICT Di Malaysia
    ICT (Information Communication Technology) adalah system yang membolehkan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan, dan komunikasi maklumat dalam pelbagai bentuk. ICT dalam pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan, pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pendidikan sepanjang hayat. Penggunaan ICT dalam P&P membolehkan aktiviti P&P dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa, meningkatkan penggunaan sumber pendidikan, perupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses pendidikan berasaskan kadar kebolehan pelajar.

    KPM telah menggariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan.

    1. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.

    2. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan lukisan kejuruteraan).

    3. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses kerja.

    Pembangunan ICT dalam pendidikan bagi 10 tahun akan datang bermatlamat untuk:
    1. meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT;
    2. memperluas akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT;
    3. memperluas kurikulum berasaskan ICT;
    4. meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT;
    5. menekankan pengintegrasikan ICT dalam P&P;
    6. meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT di kalangan pelajar, tenaga pengajar, dan personel KPM;
    7. meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan;
    8. meningkatkan usaha pengurusan dan penyenggaraan perkakasan ICT;
    9. meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam ICT; dan
    10. meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membanuk memperkembangkan ICT dalam pendidikan.

    dipetik dari 'Blog Cikgu Blogging In M'sia'

    ReplyDelete
  14. Salam puan...lama tiada kuliah nii..bila lak nak sambung smula... Apa pun segala ilmu yang diterima sebelum ni amat memberi makna kpd saya yang sememangnya kurangg arif tentang ICT...Terima kasih..

    ReplyDelete
  15. Askum Pn. Hanani. Saya dengan sukarela menawar diri untuk menjadi moderator blog ini untuk akan datang. email blog saya ialah ameerstingray@gmail.com. Tma kasih puan.

    ReplyDelete
  16. Pn...sy nak tanya awat gambar sy tak dapat masuk dalam flower tuu... tq

    ReplyDelete
  17. Pn. Harnani,
    Menurut kawan-kawan PPGB bahawa mereka tidak dapat menjadi 'follower' kerana tidak dapat masuk ke dalam blog saya.Bila saya melayari blog saya didapati petikan "You are viewing a feed that contains frequently updated content. When you subscribe to a feed, it is added to the Common Feed List. Updated information fro the feed is automatically downloaded to your computer and can be viewed in Internet Explorer and other "

    Puan, apakah yang patut saya lakukan untuk mengatasi masalah ini.Harap minggu ini semasa kuliah masalah ini dapat diselesaikan. Terima kasih.

    ReplyDelete